Kelas Renang Bayi

Salam kepada pembaca blog semua.  Bermula selepas hari raya yg akan datang ini, pihak ezi2swim akan membuka kelas renang khas untuk bayi atau baby. Kategori umur baby yang diambil adalah bermula dari umur 1 tahun ke 3 tahun.  Hanya ada 1 pakej yang akan disediakan.  Pakej ini  adalah kelas yang dikendalikan bersama-sama ibu atau bapa. Bermakna ibu atau bapa akan turut serta bersama-sama instructor mengendalikan kelas ini. Instructor akan mengajar baby dan juga mengajar ibubapa bagaimana mengendalikan kelas ini. Dengan cara ini  di akhir kelas, ibubapa sendiri sudah boleh melatih baby mereka secara bersendirian. (mengambil alih tugas)

Untuk pakej  ini, pelajar akan belajar dalam kumpulan.  Durasi kelas adalah selama 8 kelas. Setiap kelas akan mengambil masa hanya selama 45 minit. Ha! Ada syarat ya untuk kelas baby ini. Kami hanya menerima parent yang betul-betul komited sahaja. Komited dari segi masa dan hari yang telah ditetapkan. (baby memerlukan waktu pembelajaran yang singkat tetapi berterusan)

Yuran kelas adalah RM120 untuk setiap 4 kelas.  Yuran akan diambil secara sekali gus / lump sum. Ini bagi memastikan parent hadir pada setiap kelas yang telah ditetapkan. Kepada yang berminat untuk menghantar baby atau bayi mereka, boleh menghantar nama secara sms ke no. kami di 017-2960238. Nyatakan nama, nama dan umur baby.

Kelas dikendalikan di kolam Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

About Latifah

+Latifah Mohamad - Menyediakan servis kelas renang, swimming class atau swimming lesson pelbagai peringkat umur daripada kelas renang bayi hingga kelas renang dewasa. Juga menyediakan kursus life saving peringkat bronze medallion. Beroperasi di Putrajaya dan juga Bukit Mahkota Bangi
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

5 Responses to Kelas Renang Bayi

  1. razia says:

    Salam Puan Latifah, nk tnya berkenaan kelas renang untuk baby. Sy berminat nk hantar baby sy tp umur dia baru setahun.boleh ke?..

    TQ

  2. ILA says:

    AKUM PUAN LATIFAH,
    sy ila. ibu kepada muhammad areeb hazim.sy berminat nk menghantar ank sy utk belajar berenang dgn pakej 3.ank sy berumur 3 thn.sy tinggal di presint 18.

  3. noreen mallique says:

    Assalammualaikum

    saya berminat utk kelas renang bayi..bayi saya umur 6 bulan, boleh tak masuk kelas ni? berapa harga ye?

  4. Mr yap says:

    Hi i am looking for swim class for my baby age 2, i live in putrajaya, if i want to take package 1 how much would i need to pay for a month? and what is the class like for babies this young, can you explain in details what do they do in the class? last question, what qualification do the instructor holds? Really looking forward to have my baby to swim. you can email to my emails. thank you, looking forward for your email.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*