Kenapa perlu belajar berenang

9 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELAJAR BERENANG :

Berenang merupakan 1 kemahiran hidup yang tak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang anda ada, sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu anda dapat menggunakannya bagi menyelamatkan nyawa sendiri

Renang merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat berbanding sukan lain. Disebabkan sifatnya yang tidak memberi kesan@impact pada bahagian sendi, ia dapat menghalang kecederaan semasa kita melakukannya. Ia sangat disarankan oleh doktor-doktor bagi menghidap obesiti dan juga penyakit asma.

Antara sukan atau aktiviti luar yang paling murah harganya berbanding sukan lain. (sukan berkuda misalnya) Untuk menyertai aktiviti ini, apa yang diperlukan hanyalah sepasang swimming suit dan bayaran masuk kolam yang kebiasaanya hanyalah RM2.00 bagi kolam awam.

Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang ideal. Lakukan aktiviti ini secara berterusan. Lakukannya sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap kali latihan 3 kali seminggu. Jangan lupa jaga faktor pemakanan anda. InsyaAllah ini dapat dicapai.

sukan memanah

Disebabkan kelebihan-kelebihannya yang banyak, renang adalah sunnah yang disaran selain dari kemahiran memanah dan juga berkuda More »

Share

Copyright © All Rights Reserved · Green Hope Theme by Sivan & schiy · Proudly powered by WordPress