SYARAT DAN TERMA

..WAJIB BACA..Syarat dan Terma :

Kepada  individu atau kumpulan yang ingin menyertai kelas renang kami, anda wajib memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka yang tidak dapat memenuhi syarat tersebut tidak akan diterima sebagai pelajar.

SYARAT-SYARAT UMUM :

1. Setiap pelajar WAJIB berpakaian renang yang bersesuaian yang bermaterialkan spandex, lycra dan juga goggle

2. Pelajar WAJIB mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolam

3. Pelajar tidak boleh memasuki kolam tanpa arahan dari Swimming Instructor atau tanpa pengawasan Life Guard bertugas

4. Pelajar WAJIB melapurkan kepada Swimming Instructor atau Life Guard bertugas sekiranya berlaku kecemasan

5. Segala risiko kemalangan yang berlaku adalah tanggungjawab pelajar sepenuhnya

6. Pihak kami Ezi2swim Sport Management berhak mengambil gambar pelajar semasa sesi latihan bagi tujuan pembetulan teknik, tujuan promosi samada di laman web kami atau di mana-mana media pengiklanan. Semua gambar yang diambil akan menjadi hak Eksklusif pihak Ezi2swim.

 

SYARAT-SYARAT BAYARAN :

1. Pembayaran yuran mestilah dibuat pada setiap sesi pertama kelas bermula.

2. Pelajar WAJIB menghabiskan kelas dalam masa 2 bulan dari tarikh pembayaran sesi yang telah dibuat.

3. Tiada kelas ganti bagi pelajar yang GAGAL menghabiskan kelas dalam masa sesi yang telah ditetapkan.

4. Yuran kelas yang telah dibayar, TIDAK akan dikembalikan.

 

PERUBAHAN ATAU PEMBATALAN SESI KELAS : 

1. Pihak kami berhak membatalkan kelas atau melakukan perubahan dari segi masa atau lokasi sekiranya kelas tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu seperti kolam rosak, cuti umum, pertindihan penggunaan kolam atau sebagainya yang tidak dapat dielakkan.

2. Pelajar dinasihatkan merujuk notis pemberitahuan pada laman web ini sebelum datang ke mana-mana sesi kelas.

 

PENUKARAN SYARAT-SYARAT :

1. Pihak kami berhak sepenuhnya menukar atau menambah mana-mana syarat di atas tanpa sebarang notis.

 

Comments are closed.