|
Siapakah
yang boleh menyertai kelas renang ini?
Sesiapa
sahaja boleh menyertai kelas renang ini terutamanya penduduk di sekitar
Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong dan sebagainya.
Di manakah lokasi kelas renang ini
beroperasi ?
Buat
masa kini kami menjalankan kelas renang ini di Putrajaya iaitu di kolam
Pusat Kejiranan Presint 16 dan juga kolam Pusat Kejiranan Presint 11.
Sila rujuk pada bahagian 'lokasi' pada menu di atas.
Apakah
bahasa pengantar yang digunakan semasa kelas dijalankan?
Kami
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau
bagaimanapun bahasa Inggeris digunakan dalam perkara teknikal.
Berapa
dan bagaimanakah bayaran dikenakan?
Kami
mengamalkan sistem easy
payment
iaitu bayaran RM80 sebulan bersamaan dengan 4 kali kedatangan.
Bayaran RM80 yang kedua akan bermula setelah 4 kelas yang pertama
lengkap. Harga ini sudah termasuk bayaran masuk yang dikenakan oleh
pihak
pengurusan kolam.
Apakah
syarat-syarat yang dikenakan?
Tiada
syarat selain dari minat dan juga disiplin sahaja.
Adakah
saya perlu memakai pakaian renang?
Ya,
anda perlu datang ke kelas dengan memakai pakaian renang yang lengkap
termasuk goggle. Peraturan ini ditetapkan oleh pihak pengurusan kolam
bagi menjaga kualiti air.
Berapa
lamakah biasanya masa diambil untuk membolehkan seseorang itu boleh
berenang?
Sukar
kami hendak menentukan berapa lama masa yang diambil kerana tiap-tiap
orang mempunyai kadar kebolehan yang berbeza-beza. Ini bergantung
kepada latar belakang, faktor umur dan juga fizikal.
Ada yang dapat mengusainya dengan cepat, ada yang normal dan ada yang
lambat. Tetapi
rekod kami menunjukkan jika seseorang itu tiada water
phobia, tidak
mempunyai masalah fizikal, dalam 12 kelas insyaallah dia mampu
berenang. Kami cadangkan anda membuat temujanji, jalani ujian dan kami
boleh beritahu berapa lama masa yang akan diambil berdasarkan prestasi
pada hari pertama.
Bagaimana kelas
dijalankan ketika hari hujan?
Maaf,
tiada kelas dijalankan ketika hari hujan. Keselamatan lebih
diutamakan.
Bagaimana
pula jika hujan turun ketika kelas telah berjalan sebahagian ?
Jangan
bimbang, kelas gantian akan dibuat pada minggu berikutnya.
Adakah
dijamin saya boleh berenang?
Kami
percaya semua orang mampu berenang jika belajar bersungguh-sungguh dan
rajin melakukan latihan di luar waktu kelas. Jika pelajar faham dan
dapat melakukan apa yang diajar oleh instructor, tiada
sebab mengapa
mereka tidak mampu berenang.
Perlukah
saya menunggu cukup kumpulan baru saya boleh belajar?
Tidak
semestinya. Ianya terpulang kepada anda. Pengambilan pelajar
adalah secara berterusan setiap minggu.
Berapa
lamakah setiap kelas renang dijalankan?
Setiap
kelas akan berjalan selama 1 jam, seminggu sekali..
Bagaimana
cara pembelajaran? Adakah tenaga pengajar berada di atas daratan atau
di dalam air?
Semasa
proses pembelajaran, instructor
akan berada bersama-sama dengan
pelajar di dalam air bagi memudahkan komunikasi.
Tiada
diskaun ke jika saya menghantar anak atau ahli keluarga lebih dari
seorang?
Jika
ahli keluarga lebih dari 3 orang, kami sedia memberi diskaun
menarik. Hubungi kami.
Berapakah
had umur kanak2 dan juga dewasa yang boleh menyertai kelas ini?
Kami
hanya mengambil kanak2 yang berumur 7 tahun dan ke atas sahaja. Ini
adalah disebabkan kanak2 yang berumur kurang dari 7 tahun akan
menjalani proses yang terlalu lama bagi membolehkan mereka berenang.
Kami bimbang ini tidak mudah difahami oleh ibubapa. Tiada had umur bagi
pelajar dewasa asalkan sihat tubuh badan
Ke
manakah halatuju anak saya jika telah habis kelas nanti ?
Sekiranya
anak2 ini telah dapat mengusai sekurang-kurangnya 2 teknik dan ingin
mengembangkan lagi bakat mereka, bolehlah menyertai mana2 kelab. Kami
sedia membantu memperkenalkannya kepada kelab-kelab sedia ada.
Ok,
saya dah baca semua di atas. Bagaimana saya hendak mendaftar?
Semak
jadual kelas pada menu 'lokasi', buat pilihan, datang ke kolam 10 minit
awal, jumpa kami di sana. Isi borang yang akan diberi, buat bayaran dan
boleh terus belajar. Bagi yang memilih untuk kelas personal coaching,
sila buat temu janji dahulu.
|