Kelas Renang | Kelas Belajar Renang | Swimming Class Putrajaya

kelas renang, swimming class, kelas renang muslimah dan wanita, kelas renang kanak-kanak, tadika, kelas renang dewasa, kelas renang personal di Putrajaya

SOALAN LAZIM

Di sini disediakan soalan-soalan popular yang sering ditanyakan kepada pihak kami. Kemungkinan soalan-soalan yang akan dikemukakan telah kami jawab di sini.

Siapakah yang boleh menyertai kelas renang ini?

Sesiapa sahaja boleh menyertai kelas renang ini. Tiada sebarang sekatan. Dialu-alukan kepada penduduk sekitar Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong, Dengkil dan sebagainya.

 

Di manakah lokasi kelas renang ini beroperasi?

Buat masa ini kami mengendalikan kelas renang ini di Putrajaya dan juga Bukit Mahkota Bangi. Lokasi di Putrajaya ialah di Pusat Kejiranan Presint 16. Sementara lokasi di Bukit Mahkota Bangi, kelas dikendalikan di Club House Bukit Mahkota.

Apakah bahasa pengantar yang digunakan semasa kelas dijalankan?

Kami menggunakan bahasa kebangsaan dalam komunikasi bersama pelajar. Walaubagaimana pun English digunakan dalam perkara teknikal.

 

Berapa dan bagaimanakah bayaran dikenakan?

Kami mengamalkan sistem easy payment iaitu RM80 sebulan. Bayaran ini adalah bersamaan dengan 4 kali kedatangan kelas. Bayaran RM80 yang kedua akan bermula pada kelas yang ke 5. Bagitulah seterusnya. Yuran yang dikenakan ini sudah termasuk bayaran masuk kolam

Apakah syarat-syarat yang dikenakan sekiranya saya berminat untuk menyertai kelas belajar berenang ini?

Tiada syarat ketat dikenakan selain dari minat, disiplin, pakaian renang dan juga goggle.

Adakah saya perlu memakai pakaian renang semasa menjalani kelas ?

Ya, anda perlu datang ke kelas dengan memakai pakaian renang yang lengkap termasuk sepasang goggle. Peraturan pakaian ini telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolam bagi menjaga kualiti air.

Berapa lamakah biasanya masa yang diambil untuk membolehkan seseorang itu boleh berenang?

Sukar kami hendak menentukan berapa lama masa yang akan diambil kerana setiap individu mempunyai kadar kebolehan yang berbeza-beza. Cepat atau lambat bergantung kepada latar belakang, faktor umur, jantina dan juga fizikal. Ada yang dapat menguasainya dengan cepat, ada yang kadar normal dan ada juga yang lambat. Sebagai panduan, rekod kami menunjukkan jika seseorang itu tiada water phobia, tidak mempunyai masalah fizikal, insyaAllah dalam masa 12 kelas dia sudah mampu berenang dengan syarat kedatangan ke kelas tidak melompat-lompat.  Kami cadangkan anda membuat temujanji, jalani ujian dan kami boleh beritahu berapa lama masa yang akan diambil berdasarkan prestasi pada hari pertama.

Bagaimanakah kelas dijalankan ketika hari hujan?

Maaf, tiada kelas dijalankan ketika hari hujan. Keselamatan lebih diutamakan.

Bagaimana pula jika hujan turun ketika kelas telah berjalan sebahagian?

Jangan bimbang, kelas gantian akan dibuat pada minggu berikutnya.

Adakah dijamin saya boleh berenang?

Kami percaya semua orang mampu berenang jika belajar bersungguh-sungguh dan rajin melakukan latihan di luar waktu kelas. Jika pelajar faham dan dapat melakukan apa yang diajar, tiada sebab mengapa mereka tidak mampu berenang.

Perlukah saya menunggu cukup kumpulan baru saya boleh belajar?

Tidak semestinya. Ia terpulang kepada anda. Pengambilan pelajar andalah secara berterusan setaiap minggu.

Berapa lamakah setiap kelas dijalankan ?

Setiap kelas akan berjalan selama 1 jam, seminggu sekali.

Bagaimanakah cara pembelajaran? Adakah tenaga pengajar berada di atas daratan atau di dalam air ?

Semasa proses pembelajaran, tenaga pengajar akan berada di dalam kolam bersama-sama dengan pelajar. Ini bagi tujuan memudahkan komunikasi dan proses pembelajaran itu sendiri

Berapakah had umur kanak-kanak dan juga dewasa yang boleh menyertai kelas ini?

Kami hanya mengambil kanak-kanak yang berumur 7 tahun dan ke atas sahaja. Ini adalah disebabkan kanak-kanak yang berumur kurang dari 7 tahun akan mengambil masa yang terlalu lama bagi mendapatkan skil. Kami bimbang ini tidak mudah difahami oleh ibubapa. Tiada had umur bagi pelajar dewasa asalakan sihat tubuh badan.

Ke manakah halatuju anak saya jika telah habis kelas nanti?

Sekiranya anak-anak ini telah dapat menguasai 4 teknik dan ingin mengembangkan lagi bakat, mereka bolehlah menyertai mana-mana kelab renang. Kami sedia membantu menunjuk arah.

Ok, saya dah baca semua soalan dan jawapan di atas. Bagaimana saya hendak mendaftar?

Sebelum mendaftar, anda semak dahulu jadual dan lokasi kelas. Setelah buat pilihan, pendaftaran boleh dibuat dengan 2 cara :

  • Pergi ke lokasi kolam pilihan mengikut waktu jadual. Datang awal 10 minit, jumpa kami di sana dan buat pendafataran.
  • Anda boleh mendaftar secara online, pergi ke lokasi pilihan mengikut jadual. Jumpa kami di sana dan tandangan borang yang telah siap disediakan. Segala maklumat yang telah anda masukkan di dalam borang online telah sedia diisikan oleh pihak kami
Share


8 Comments

  1. HIdayah says:

    Bolehkah saya menghatar anak saya yang umur 4tahun untuk belajar berenang… kerana pihak puan menghadkan umur kanak-kanak yang boleh menyertai kelas ini 7tahun.. saya berharap agar anak saya dapat diberi pendedahan awal untuk berani berenang…

  2. Hasma says:

    Assalamualaykom. Puan, saya seorang muslima, 29 tahun, ingin mengikuti kelas renang. Saya tinggal di kajang. Macam mana nak daftar? dokumen apa yang diperlukan?

    wslam,
    Hasma

  3. Azmie says:

    Adakah kelas renang Muslimah diasingkan (Tertutup) dari pandangan umum (Lelaki). Ada kolam renang khas untuk Wanita ?

    • Latifah says:

      Utk kelas renang yg purely muslimah, kelas dikendalikan pada hari jumaat. Waktu org lelaki pergi solat jumaat. Tq

  4. Sarah says:

    Salam pn,saya ingin menghantar anak sy utk kelas renang di putrajaya.Umur ank sy 5(lelaki) dan 6 tahun( perempempuan). Mohon penjelasan puan utk sama ada mereka boleh sertai kelas yg dijalankan pada hari sabtu di ptjy.Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>